Episodios

  • Nik Nasyron Kongsi Pandangan Masuk Tahun Ke-3 Selaku Konsul Jeneral
    Mar 14 2025
    Kini masuk tahun ketiga Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud dihantar ke Melbourne untuk mengambil alih jawatan Konsul Jeneral Malaysia di ibu kota negeri Victoria ini. Apakah pandangan beliau terhadap Melbourne dan Victoria serta warga Malaysia yang menetap di sini? Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Nasyron untuk mengetahui apakah hasrat dan matlamat beliau seterusnya.
    Más Menos
    17 m
  • Bazaar Ramadan Bukan Setakat Peluang Meraih Keuntungan
    Mar 6 2025
    Di Malaysia, semakin ramai yang mempersoalkan aspek komersil bazaar Ramadan yang dianggap keterlaluan yang bercanggah dengan matlamat berpuasa. Namun di Australia, matlamat bazaar Ramadan agak berbeza. Zaini Ahmad mengunjungi Bazaar Ramadan Noble Park di Victoria untuk menghayati apakah perbezaan ini.
    Más Menos
    8 m
  • Tiga Warga Malaysia Jayakan Sekali Lagi Bazaar Ramadan Demi Menyatukan Komuniti Serta Mengekalkan Tradisi
    Feb 27 2025
    Walaupun jauh dari tanahair, warga Malaysia, khususnya umat Islam, tetap mampu menghayati suasana bulan Ramadan yang mulia dengan sepenuhnya. Selain menjalankan ibadah puasa dan amal ibadah sepenuhnya sebaik mungkin, warga Malaysia turut berpeluang menghayati suasana bazaar Ramadan yang kini sudah menjadi tradisi tahunan di Malaysia. Di kota Melbourne, mujurlah ada tiga warga Melayu yang bersemangat keusahawanan dan kemasyarakatan sekali lagi menganjurkan Bazaar Ramadan untuk komuniti Malaysia yang merantau dan penduduk tempatan di sekitar subbandar Noble Park. Zaini Ahmad menemubual dua dari kumpulan trio ini untuk mengetahui lebih lanjut butiran Bazaar Ramadan Melbourne, 2025.
    Más Menos
    9 m
  • Ramadan Mulia Ini Warga Melayu Melbourne Dalam Kesusahan Tidak Akan Dilupai Oleh Yayasan An Nur
    Feb 21 2025
    Bulan Ramadan yang mulia kian menjelang dan bagi segelintir warga Melayu yang datang ke Australia, harapan untuk mengubah nasib kadangkala tidak tercapai. Bagi golongan ini, pelbagai kesusahan perlu diharungi dari segi masalah visa, tempat tinggal juga di mana untuk mendapat sesuap nasi. Mujurlah wujud beberapa pertubuhan amal di negara ini dan di Melbourne, khususnya di daerah selatan ibu negeri Victoria ini, warga Melayu dalam kesusahan sering memohon bantuan dari Yayasan An Nur. Yayasan ini ditubuhkan oleh seorang warga Malaysia yang berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, bertujuan membantu golongan muslimin dan muslimah yang memerlukan pertolongan. Sempena Ramadan tahun ini, Zaini Ahmad berbual dengan pengasas Yayasan An Nur, Norasiah Hassan Simkin, untuk mengetahui apakah program yang bakal dianjurkan oleh pertubuhan ini sepanjang bulan yang mulia dan selanjutnya.
    Más Menos
    12 m
  • #80 Talking about changing habits (Med) - #80 Berbual tentang perubahan tabiat seharian (Med)
    Feb 20 2025
    Learn how to express yourself when talking about changing your habits. - Pelajari bagaimana untuk berbual tentang perubahan amalan kebiasaan anda.
    Más Menos
    18 m
  • Warga Melayu Kejar Nikmat Pandu 4WD Dalam Keadaan Mencabar
    Feb 13 2025
    Bagi sesetengah pemandu, mengendali kenderaan dalam keadaan serba mencabar adalah suatu nikmat yang sentiasa dikejari. Golongan ini sering digelar sebagai 'adrenaline junkie' yang mencari peluang untuk memandu kenderaan mereka 'off-road' demi menguji kehandalan mereka. Di Victoria, sekumpulan warga Melayu menganjur sebuah pesta membabitkan kenderaan pacuan empat roda di kawasan pendalaman negeri ini. Pesta yang digelar Muddy Hunter 3.0 kini masuk tahun ketiga berjaya menarik warga Melayu yang datang seisi keluarga untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan sepanjang hari. Pesta Muddy Hunter 3.0 kali ini bertempat di pusat perkhemahan Frenchman's Creek di Eildon, Victoria. Zaini Ahmad menemubual salah seorang penganjur Pesta Muddy Hunter 3.0 untuk mengetahui apakah yang mendorong golongan ini mengejar bahaya.
    Más Menos
    10 m
  • #79 Talking about visas (Med) - #79 Talking about visas (Med)
    Feb 6 2025
    Learn how to talk about your visa status. - Pelajari bagaimana anda boleh berbual mengenai status visa anda.
    Más Menos
    15 m
  • Does Australia's Parliament reflect society? - Apakah Parlimen Australia Mencerminkan Masyarakat Berbilang Kaum Di Negara Ini?
    Jan 30 2025
    Australia is one of the world's most multicultural nations but our Parliament isn't. Does it matter? - Australia ialah antara negara utama di dunia yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Namun, Dewan Parlimennya gagal mencerminkan hakikat ini. Apakah kegagalan ini seharusnya diabaikan oleh para pengundi, khususnya di kalangan golongan migran?
    Más Menos
    9 m